Bedah Motor


Zubaidah atau lebih mesra disapa sebagai Bedah, mendapat jolokan “Cik Celah Bedah” kerana kepakarannya menunggang basikal dan motorsikal di celah-celah kesibukan jalanraya kerana menghantar pesanan makanan yang dipesan melalui pengiklanan pejabat ke pejabat berhampiran. Mulanya Bedah suka-suka, dialah yang masak, dia lah menghantar pesanan. Dari set makan tengah hari kini ada pelanggan yang memesan untuk set makan malam. Pesannya sangat limited kepada 40 pelanggan berdekatan satu-satu hari. Ada pelanggan regular kerana keenakan masakah Bedah. Akhirnya Bedah terpaksa menggunakan tukang masak, dan 2 orang adiknya, seorang lelaki dan seorang perempuan sebagai dispatch untuk penghantaran di kawasan berhampiran. Bedah sendiri menghantar pesanan di pejabat-pejabat yang agak jauh disekitar Bandar Kuala Lumpur. Urusan penghantaran ini bergerak pantas. Sebab itu Bedah mendapat gelaran Cik Celah Bedah. Lantaklah apa aku kisah, janji setiap hari “masyuk” sekurang-kurang RM400 ke RM500
Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved