Konser Gegar Vaganza 3 Minggu 5

Pesembahan peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 3.

Tema: Hits Vaganza

Opening - Artis jemputan, Nabil Jihan - Teman Tapi Mesra

1. GMie - Sentuhan Kecundang
2. Ameng - Tiara
3. Nora - Kasih
4. Intan - Jika Kau Rasa Getarnya
5. Shidi - Ratuku
6. Zarul - Ku Rela Dibenci
7. Zur Eda - I Will Surivive
8. Azharina - Berhenti Berharap
9. Siti Sarah - Purnama Merindu

Ada Lagu Ada Lagi

Promo Konsert High Note - Ziana Jaclyn Azlan

Persembahan Pentas Terbaik Minggu ini: Azharina
Tersingkir: Shidi Data

Video Penuh


Direct Download - Tutorial di atas

Vokalis kumpulan Data iaitu Shidi tersingkir pada konsert minggu kelima program Gegar Vaganza 3 yang diadakan di Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, Ahad.

Pada persembahan itu Shidi menyampaikan lagu berjudul Ratuku nyanyian asal Awie mendapat markah tercorot daripada juri profesional yang mengadili para peserta.

Seperti dua musim terdahulu, Gegar Vaganza menampilkan Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim sebagai juri tetap.

Manakala penyanyi yang popular menerusi lagu Hijau, Datuk Zainal Abidin tampil sebagai juri jemputan pada konsert minggu ini.

Kesemua peserta diadili 100 peratus menerusi pemarkahan daripada barisan juri.

Sementara itu, Azharina dipilih sebagai pemenang Persembahan Pentas Paling Menyengat.

Ia adalah kemenangan keduanya menerusi lagu Berhenti Berharap nyanyian Sheila On 7.

Gegar Vaganza 3 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.Ia turut disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved