Konsert Gegar Vaganza 3 Minggu Ke-6

Persembahan Konsert ke-6 peserta Gegar Vaganza 3. Tema minggu ini Rocker Dut

Nabil Jihan - Pencuri Hati

1. Azharina - Kejoraku Bersatu (Search)
2. Zarul - Fantasia Musim Cinta (E-1)
3. GMie - Titian Perjalanan (XPDC)
4. Intan - Selamat Jalan Romeo (Ramlah Ram)
5. Siti Sarah - Senggol Senggolan Cubit-Cubitan (Mas Idayu)
6. Nora - Bring Me To Life (Evanescence)
7. Zur Eda - Ah Rindu Lagi (Amelina)
8. Ameng - Gali Lobang Tutup Lobang (Rhoma Irama)

Ada Lagu Ada Lagi

Peserta Terbaik minggu ini: Nora
Tersingkir: Zur Eda & GMie (GMie dpt imuniti DSV)

Video Penuh



Imuniti Untuk GMie

Penyanyi Gmie (Screen) bernasib baik selepas mendapat imuniti ‘Pamoga Qu Puteh’ daripada penaja Gegar Vaganza 3 (GV3) iaitu Datuk Seri Vida untuk melayakkan dia ke pentas separuh akhir pertandingan itu Ahad depan.

Pengumuman itu dilakukan oleh Vida sejurus dua perserta diumumkan terkeluar pada mingu keenam kali ini iaitu Gmie dan Zur Eda.

Pada konsert kali ini, Gmie menyampikan lagu Titian Perjalanan nyanyian asal oleh XPDC manakala Zur Eda mempersembahkan lagu berentak dangdut nyanyian Amelina berjudul Ah Rindu Lagi.

Seperti dua musim terdahulu, GV3 menampilkan Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim sebagai juri tetap manakala pengarah popular Mamat Khalid, tampil sebagai juri jemputan.

Kesemua peserta diadili 100 peratus menerusi pemarkahan daripada barisan juri. Sementara itu, Nora dipilih sebagai pemenang Persembahan Pentas Paling Menyengat.

Ia adalah kemenangan pertamanya menerusi lagu Bring Me To Life (Evanescence). Selain Gmie, peringkat separuh akhir akan menyaksikan Ameng, Siti Sarah, Azharina, Zarul, Nora Ariffin dan Intan Sarafina.

GV3 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang turut disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123) dari Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor.

Zur Eda Kecewa

Penyanyi Zur Eda meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak mengaitkan dirinya terlibat dalam aktiviti tahyul seperti menggunakan bomoh ketika berada dalam pertandingan Gegar Vaganza 3 (GV3).

Zur Eda Mokhtar, 51, berkata, tuduhan itu antara fitnah terburuk pernah diterimanya selama lebih tiga dekad bergelar anak seni.


"Hanya kerana imej dan pernah tampil dengan gaya rambut serabai ala-ala 'mak lampir', ada pihak telah melemparkan fitnah kononnya saya terlibat dalam perkara tahyul selain turut membomoh peserta lain dalam GV3.

"Tuduhan sebegitu agak keterlaluan yang boleh saya katakan antara fitnah terburuk pernah saya terima sekali gus mencalarkan reputasi saya sebagai anak seni,” katanya.

Zur Eda ditemui mStar Online selepas diumumkan sebagai peserta tersingkir pada konsert suku akhir GV3 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, pada malam Ahad.


Menerusi minggu yang mengangkat tema Rock Dut ini, dia membawa lagu Amelina berjudul Ah Rindu Lagi. Kata pelantun lagu Kelmarin ini lagi, dia tidak mampu untuk menutup setiap tuduhan netizen sebaliknya boleh menjelaskan dia langsung tidak mempercayai perkara-perkara karut yang boleh memesongkan akidah sebagai umat Islam.

"Jangan hukum saya hanya dengan melihat luaran saya sahaja kerana saya bukan terlalu jahil sehingga tidak tahu hukum syirik dan menduakan Allah itu adalah satu dosa besar.

"Kenapa perlu timbul isu bomoh- membomoh sedangkan kami di GV3 umpama sebuah keluarga sehinggakan ada di antara peserta sudah saya anggap seperti anak sendiri.

Kata ibu kepada dua anak ini lagi, dia tidak mahu dengan fitnah sebegitu akan memberi kesan negatif kepada keluarga terutama pada anak-anaknya.

"Benda-benda macam inilah kadang-kadang buat saya serik dan hilang fokus untuk terus berjuang di GV3 kerana saya tidak mahu tempias gosip yang tidak benar turut terkena pada keluarga terutama pada anak- anak saya," katanya dalam nada kecewa.

Berkongsi lanjut tentang perancangan kerjaya seninya selepas ini, kata Zur Eda dia bakal menerbitkan sebuah single bersama seorang komposer yang terpaksa dirahsiakan dahulu identitinya.

Selain itu, dia amat bersyukur kerana dengan menyertai GV3, peminat- peminatnya kini mula bertambah daripada pelbagai generasi. - MStar
Share this video :
 
Copyright © 2016. Tonton Drama KB - All Rights Reserved