Drama Terbaru Di TV

SILY Episod 10


Along keluar dari rumah takut kekecohan yang akan berlaku. Naufal masa itu dapat merasakan dia akan mendapat kemenangan kerana Along pasti akan menyuruhnya untuk membawa keluar Nadia. Tetapi Aidan nampaknya lebih gentleman … bukan takat berjumpa dengan Along, malahan dengan berani dia ke rumah dan memberitahu ibu bapa Nadia yang dia ingin membawa Nadia keluar. Terkejut tak terkata Nadia dengan cara Aidan. En Omar dan Puan Asma memang berkenan pulak dengan cara jujurnya Aidan. Mereka hanya menyuruh Aidan balik cepat dan berharap Aidan jaga Nadia. Naufal sikit punya bengang. Aidan hanya mengatakan yang dia berani kerana benar. Naufal kemudain hanya dapat melihat Aidan dan Nadia keluar. Aidan siap tersenyum ke arah Naufal sebagai tanda kemenangan. Naufal memang terasa sangat tercabar pada waktu itu. Along juga tak terkata apa kerana Nadia perlu juga diberikan ruang untuk membuat pilihan. Aidan dan Nadia keluar makan di sebuah restoran yang sangat sederhana.

Share this video :
 
Tonton Drama KB - U Gembira I Pun Happy