Download
Aidan masih memandu kereta.. dia tiba-tiba merasa bersalah kononnya dia sudah melupakan Sumayyah. Dia pujuk hatinya mengatakan yang dia berkawin Nadia kerana ingin menjaga jantung Sumayyah. Aidan sekali lagi ke kubur Sumayyah mengatakan pendiriannya. Di kampong, Sumaira terus meratap tangis kerana kehilangan Aidan. Ibubapanya meminta Sumaira terima aje pinangan orang lain. Kata Sumaira kalau nak dah lama dia kawin di luar Negara. Dia akan mendapatkan Aidan walaupun terpaksa buat apa sahaja. Masa ini, Hajjah Zawiyah mengatakan memang Sumaira sakit jiwa. Sumaira hanya tersenyum pula dan terus masuk ke bilik. Sumaira memandang ke arah barang-barang Sumayyah dan mengatakan semua hak Sumayyah adalah haknya juga. Naufal cuba menghubungi Along untuk mendapatkan penjelasan .. tetapi Along pulak sudah tidak mahu bersubahat dengan Naufal. Naufal menjadi marah tetapi kerana Along sudah tidak menjawab panggilannya.
