Drama Terbaru Di TV

SILY Episod 5


Sudah beberapa kali berlaku perselisihan pendapat Nazhan dan Nazwan untuk menentukan sapa yang layak untuk Nadia. Bagi Nazwan, Nadia harus diberikan peluang untuk mencari sapa teman lelaki yang sesuai untuknya. Nazwan faham kenapa Nadia tidak begitu sukakan Naufal. Along akan ke jinjang tak lama lagi jadi untuk sementara agak sibuk dengan persiapan. Menurut Along dia lambat kawin sebab hendak memastikan Nadia benar-benar selamat dan mendapat suami yang boleh diharap. Nadia terkesan juga dengan kata-kata Along. Bagi Nadia memang abang-abangnya itu cukup mengambil berat tentang dirinya. Untukn memastikan alongnya kawin kali ini, Nadia terpaksa mengatakan dia tak kisah dengan Naufal. Walaupun hatinya sedikit berat kerana sentiasa merasakan ada yang tak kena dengan Naufal. Sumaira berada dalam biliknya. Dia mula terkenangkan Aidan. Sebenanrya masa pertunangan Sumayyah dengan Aidan dia memang cukup cemburukan Sumayyah.

Share this video :
 
Tonton Drama KB - U Gembira I Pun Happy