Drama Terbaru Di TV

SILY Episod 9


Minggu ini masing-masing sibuk.. untuk beberapa lama itu, mereka tak dapat berjumpa selalu. Aidan terpaksa flight ke Armsterdam dan beberapa negara europe yang mengambil masa yang lama. Begitu juga dengan Nadia yang banyak pulak kerja sejak akhir-akhir ini. Helen penyelia di pejabat Nadia… memintanya untuk menyediakan beberapa proposal untuk pelancung yang datang ke negara ini menggunakan khidmat syarikat Nadia. Kerana kesibukan itu, Nadia pula bekerja sehingga larut malam. Sekali lagi abang-abangnya akan mengingatkan Nadia untuk menjaga kesihatannya. Nadia merasakan dia cukup fit. Nadia dapat merasakan yang dia sudah mula disayangi. Hampir setiap hari dia akan mendapat call daripada Aidan. Aidan balik dari Armsterdam... entah kenapa terasa rindunya sangat kepada Nadia. Hari itu, Aidan call Nadia untuk berjumpa dengannya. Nadia pun memang rindukan Aidan. Aidan janji akan datang mengambil Nadia. Nadia apa tah lagi cukup suka dan terus memberitahu ibunya, Puan Asma.

Share this video :
 
Tonton Drama KB - U Gembira I Pun Happy