Download
Lia berasa menyesal dan bersalah dengan Fiza. Kerana dendam dia lakukan perkara yang tidak sepatutnya. Dia bernasib baik kerana Fiza tidak mahu memanjangkan kesnya itu dan bersedia untuk maafkan Lia. Lia kumpul kekuatan untuk meminta maaf dengan Fiza. Emak Edi semakin terdesak dengan hinaan dan sindiran rakan-rakannya setelah semua mengetahui tentang Arie yang telah ditemui semula. Edi tertekan lagi dan kerana tertekan Fiza menjadi mangsa pertengkaran antara dia dan Fiza walaupun dia tidak maksudkan demikian. Dan, ketika bertengkar itulah Arie masuk campur dan menahan Edi daripada menampar Fiza kerana terlampau marah. Edi dan Arie bertentang mata namun tiba-tiba Arie pegang kepala kerana kesakitan serta merta ingatannya kembali pulih, dan bayangan Fiza dan Intan datang silih berganti. Emak Edi pula mendapat penjelasan daripada ustaz yang mengajarnya dengan menyatakan perkahwinan antara Edi dan Fiza sah kerana Arie sebelum ini hilang tanpa khabar walaupun terlibat dengan bencana.
