Download
Kini Arie telah pulih semula ingatannya dan dia kini mula mengenali Edi, Fiza dan Lia. Dia boleh bercakap seperti biasa namun dalam masa yang sama Arie menahan sakit di bahagian kepala sekali sekala. Arie cuba menerima hakikat yang isterinya Fiza bukan miliknya lagi. Tunjukkan Arie lalui kehidupan dengan melihat kebahagiaan Fiza dan Edi. Arie berendam air mata melihat kebahagian Edi dan Fiza kerana sayangnya pada Fiza masih kukuh. Arie tidak sanggup melihat kebahagiaan Fiza dengan Arie lagi di depan matanya dan cuba elakkan diri untuk bertemu dengan Edi dan Fiza. Intan pula semakin sayangkan Arie dan Edi. Namun Intan kini lebih kepada Arie, dan kalau merajuk atau dimarahi Edi, dia akan mengadu dengan Arie yang masih tinggal di rumahnya. Tunjukkan kasih sayang Arie terhadap Intan yang begitu mendalam sehingga memberikan kesan kepada Fiza. Sebelum ini Arie tidak seperti itu dan tidak mengambil berat hal Intan dan dirinya.
