Download
Beberapa hari perkawinan Aidan terus memberitahu Nadia yang dia kena bekerja. Ini mengejutkan Nadia kerana ikutkan Aidan mempunyai cuti beberapa hari lagi. Aidan pula mengatakan dia terpaksa ganti orang. Along dan Angah pun hairan mereka baru aje berkawin tetapi Aidan sudah nak bekerja. Along siap mengungkit kalau Nadia kawin dengan Naufal semua ni takkan jadi. Nadia terus memberitahu Aidan dia ingin menjalani kehidupan sebagai seorang isteri. Dia ingin menghantar Aidan ke Airport katanya dia masih rindukan Aidan. Aidan pulak menolak dan mengatakan dia hanya pergi dua hari saja. Nadia nampak Aidan bercakap sekarang pun jarang nak bertentang mata dengannya. Nadia merasakan Aidan sedang melarikan diri daripadanya. Aidan sebenarnya sudah tidak sedap hati apabila dia terasa akan jatuh cinta dengan Nadia. Sedangkan pada waktu yang sama dia tidak mahu melupakan Sumayyah. Masa itu, Aidan sudah berada di jalanraya untuk pergi ke KLIA.
